Wednesday 15 June 2011

My angel of speed

6hb mei 2011 tarikh segalanya berlaku. Pagi itu semuanya cerah seperti pagi2 yang lain. Mama menyuruh saye bersiap2 untuk ke pusat kehidupan komuniti islam untuk menunaikan kewajipan setiap lelaki pada hari jumaat. saye pun beredah dari rumah dengan menyarung sehelai baju melayu, seluar dan sepasang selipar jepun. Apabila menghidupkan enjinnya saye diingatkan oleh kenderaan ini untuk memberinya bahan untuk dibakar. Lalu saye menuju ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengisi minyak. Selepas itu saye meneruskan perjalanan ke Masjid Al-Amaniah yang berlokasi tidak jauh dari situ. Sewaktu melalui sebuah kawasan lampu isyarat saye terpaksa menyeberang sebuah jalan besar. Tanpa disedari sebuah kenderaan datang dari arah kiri dengan kelajuan tinggi merempuh bahagian depan kenderaan ku. Lalu ia hilang kawalan lalu terbalik. Aku yang masih terkejut keluar lalu cuba membantu mereka yg terperangkap. Kini segalanya hanya tinggal memori. Memori yg pahit yang patut dilupakan secepatnya. Telah sebulan berlalu namun masih tiada berita tentang kenderaan kesayangan ku. Mungkinkah ia akan kembali dan bersama ku merempuh angin atau adakah ia telah pergi meninggalkan ku selamanya. Aku amat merinduimu waha Saga ku...

1 comment: