Wednesday 17 August 2011

Failure...

Peluang tak selalu datang dalam hidup ni. Kadang ada yang tak pernah merasa ada peluang. Lagi-lagi dalam bercinta. Tapi bagi saya peluang tu dah datang banyak kali. Peluang untuk mendapatkan si dia yang dari dulu dah diidam-idamkan. Tapi sebab kebodohan diri sendiri, peluang tu selalu di sia-siakan dan akhirnya diri sendiri yang sahit bila tengok si dia bahagia dengan orang lain. Tapi nak buat macam mana. Memang si dia lebih memilih orang itu dari diri ini. Asalkan dia tak sedih lagi =). Ingat wahai lelaki, jgn kau sesekali melukakan haati si dia seperti mana yang dilakukan oleh orang terdahulu. Kearan jika aku dapat tahu kau lukakan hati sidia, akan aku lukakan muka dikau...

Sunday 31 July 2011

Ramadhan is here!!!

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerna saye masih disini untuk bertemu kembai dengan bulan yang penuh keberkatan. Bulan Ramadhan telah tiba dan bermulalah kewajipan setiap umat islam iaitu berpuasa. Jadi mulai hari ini saye akan ke kelas dengan berpuasa. walaupun sudah dua kali melalui keadaan ini di UiTM tapi hati ni masih risau. Mampukah saye memenuhi Rukun Islam yang ketiga ini. Insyaallah saye akan cuba melengkapinya. Tapi Ramadhan kali ini saye nak cuba untuk memperbaiki diri ini. Ingin rasenye nak mencuba melakukan amalan-amalan lain di bulan mulia ni. Jadi saye pun dah sediakan satu senarai semak untuk cuba dilakukan. Ianya adalah seperti berikut:
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
9.Jangan tidur sesudah sahur.
10.Solat Subuh
11.Tadarus pendek.
12.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
13.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
14.Solat Zuhur berjemaah.
15.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan.
16. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
17.Segera Solat Maghrib di rumah
18.Makan malam bersama rakan-rakan
19.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh.

Harap-harap la berjaya melakukan semua ini. Teringin rasanya merasai nikmat bulan puasa ddan Lailatulqadar.

Saturday 23 July 2011

Joget lambak...yeah!!

Yay dah cuti. Lama sangat dah rasenye tak dapat cuti panjang macam ni. Dah letih rasenye pergi kelas and buat assignment yang tak pernah-pernah habis. Akhirnye saye dah sampai ke kampung halaman di Kluang. Bile dah balik  memang tak cukup kalau tak jumpa dengan kawan-kawan lama. So hari pertama di Kluang pergi lah jumpa dengan kawan-kawan. setibanya dirumah member sorang ni tengok dia tengah siap-siap nak keluar. Tanya lah dia nak pergi mana. Dia cakap ade 'function' kat Felda. Ade ape kat felda??? Macam pelik je budak-budak ni lepak kat felda. Nak taknak ikut saje lah sebab tengah bosan. Perjalanan mengambil masa 15 minit melalui jalan tar dan 30 minit memalui jalan tanah merah. Habislah kereta baru lepas cuci jadi warna merah balik. Tibe dilokasi yang dikatakan lebih kurang pukul 8.30 malam. ramainya orang kat sini. Ingatkan ceruk ni tak ada orang nak datang. Rupanya kawasan tu mengadakan majlis perkahwinan dan majlis tu dilanjutkan sampai lah ke malam. Aktiviti malam itu pulak sangat menarik iaitu JOGET LAMBAK. Orang-orang luar pun ramai yang datang untuk bersama berjoget. Haha kami berhibur dan berjoget sehingga lah larut malam. Selesai majlis kami pun beransur pulang. dalam perjalanan pulang seorang dari kami bertanya. "Wei tengok 'Juara-juara' nak??". saye menjadi bingung dan bertanya ape itu 'juara-juara'. Lalu saye diterangkan bahawa ia adalah lumba haram. Haha ini la akibatnya kalau dah lama sangat tak balik. kami pun melepak dan pulang sewaktu subuh.





Sunday 3 July 2011

Ipoh revisited...

Minggu ini sudah lama rasanya tidak post ape-ape. Sangat busy dengan kelas, assignment yang bertimbun dan jugak kawan-kawan. Minggu lepas mama call cakap yang kereta saye dah siap. Saye pon plan la nak balik Ipoh untuk ambil kereta. Tak tersangka kawan seorang ni nak ikut. Akhirnye kami pun balik Ipoh berdua naik tren dari Segamat sampai Ipoh. Kitorang naik tren pukul 5 petang dan tiba di Ipoh pukul 2 pagi dan trus ke rumah maikcik di Ipoh. Keesokkan harinya kami bangun lewat dan keluar pukul 12 terus ke Seri Iskandar untuk bertemu awek saye. Dari Seri iskandar kami bertiga terus ke Batu Gajah untuk melawati tempat bersejarah Kellie's Castle. 15 minit dari batu gajah, tempat ni adalah sebuah istana milik William Kellie Smith, seorang saudagar getah dari England. Istana ini tidak dapat disiapkan kerana Smith pergi ke Scotland dan mati disana. Istana ini ditinggalkan untuk beberapa ketika dan dipercayai dihuni makhluk-makhluk ghaib dan juga mempunyai terowong bawah tanah tersembunyi yang masih belum dijumpai. Setelah selesai melawat tempat itu kami pun beransur ke pekan Batu Gajah untuk makan tengah hari. Batu Gajah adalah sebuah pekan yang membangun dan semakin besar. Kami sempat singgah ke sebuah kedai Bundle yang terkenal disini. Kedai ini berlokasi di stesen bas lama Batu Gajah. Ia menawarkan beratus-ratus aneka pakaian dan beg. Setelah penat membeli belah kami pun pulang ke Ipoh. Setibanya di Ipoh kami pergi ke Taman Rekriasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo. Kami melepak disitu melihat gelagat penduduk Ipoh beriadah. Padang ini amat terkenal di Ipoh dan menjadi tumpuan sewaktu cuti hujung minggu. Tibanya magrib kami pulang ke rumah lalu bersiap untuk solat, makan dan tidur.
 
Keesokan harinya kami bersiap untuk pulang ke Johor. Kami memulakan perjalanan dari Ipoh tepat pukul 11 pagi dan singgah di Klang, Sepang dan Kluang untuk berehat dan tiba di Segamat tepat pukul 12 malam.

The Band Perry -If I Die Young

 
If I die young, bury me in satin
Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song

Uh oh, uh oh

Lord make me a rainbow, I'll shine down on my mother
She'll know I'm safe with you when she stands under my colors, oh and
Life ain't always what you think it ought to be, no
Ain't even grey, but she buries her baby

The sharp knife of a short life, well
I've had, just enough time

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song

The sharp knife of a short life, well
I've had, just enough time

And I'll be wearing white, when I come into your kingdom
I'm as green as the ring on my little, cold finger, I've
Never known the lovin' of a man
But it sure felt nice when he was holding my hand, there's a
Boy here in town who says he'll love me forever,
Who would have thought forever could be severed by
The sharp knife of a short life, well,
I've had, just enough time

So put on your best boys and I'll wear my pearls
What I never did is done

A penny for my thoughts, oh no, I'll sell them for a dollar
They're worth so much more after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singin'
Funny when you're dead how people start listenin'

If I die young, bury me in satin
Lay me down on a, bed of roses
Sink me in the river, at dawn
Send me away with the words of a love song

Uh oh (uh, oh)
The ballad of a dove (uh, oh)
Go with peace and love
Gather up your tears, keep 'em in your pocket
Save them for a time when you're really gonna need them, oh

The sharp knife of a short life, well
I've had, just enough time

So put on your best boys and I'll wear my pearls 


Tuesday 21 June 2011

Zynga's empires and allies

Mula naik cuti haritu saye ade cube satu game baru ni. Game ni dikeluarkan di Facebook oleh mengeluar game yang sama dengan Farmville dan Mafia wars. Kali ni Zynga telah berjaya menghasilkan game aksi yang berlandarkan browser yang amat menarik. Tidak seperti game-game sebelumnya Empires and allies telah dilengkapi dengan ciri-ciri tempur secara langsung. Pemain dapat melihat aksi perang secara langsung didepan skrin. Saya cadangkan kawan-kawan agar mencuba game ini. Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar aksi pertempuran didalam Empires and allies

Saturday 18 June 2011

Father's day without a father

Bangun hari ini rase sunyi sangat. Walaupun rakan-rakan berada bersama tapi hari ini merupakan hari yg sangat memilukan. Pagi-pagi lagi dah online facebook dan dah mula comment-comment dekat wall orang lain. Mula terlihat status yang berkaitan hari bapa. Terdetik dalam hati hendak menyambut hari bapa atau cukup sekadar dapat mengucapkannya. Tetapi orang yang paling saya ingin berjumpa hari ini sudah lama pergi meninggalkan saya. Walaupun hari itu sudah lama berlalu tetapi wajahnya yang bersalut kain putih itu masih jelas didalam fikiran. Air mata mula mengalir kepipi apabila terkenangkan nya. Sejak pemergiannya hidup ini terasa kurang kasih sayang. Walaupun beliau seorang yang tegas dalam mendidik anak-anak namun kasih sayangnya masih dapat dilihat. Apa lagi yang dapat saya buat. Tuhan lebih menyayanginya dan mengambilnya dari saya. Saya cuma berharap agar abah dapat mendengar ucapan yang dikepilan bersama surah Al-fatihah. Selamat Hari Bapa Encik Azamir Bin Hamzah. Saye rindukan abah....

Thursday 16 June 2011

Housemates with four legs

 Semalam tengah online tiba-tiba mierul masuk bilik. Dia cakap yang kami dah ada housemate baru. Kami pun tanye la siape orang tu. Lepas tu dia keluar bilik dan masuk balik dengan membawa seorg budak berbulu lebat ni. Comelnye budak ni!!! Nama die kiger (kucing+tiger kot). Mierul beli dekat mane ntah. Katenye die beli harga Rm500. Banyaknya duit kau Mierul. Tp budak ni memang comel pon!!! Lebatnya bulu dia!!! dah la gemok!!! korang tengok la tu!!! Warght bleh gile cam ni!!!


Ingatkan itu je. Rupanya ade lagi sorang budak. Yang ni kecik skit dan leh sumbat dalam sangkar je. Nama die ni pulak Kiko(tak taw nak reka singkatan). Haha seronoknye rumah dah macam zoo. Rase macam nak je tambah lagi seekor. Tapi naak buat macam mane. Takde duit la ~_~

Wednesday 15 June 2011

My angel of speed

6hb mei 2011 tarikh segalanya berlaku. Pagi itu semuanya cerah seperti pagi2 yang lain. Mama menyuruh saye bersiap2 untuk ke pusat kehidupan komuniti islam untuk menunaikan kewajipan setiap lelaki pada hari jumaat. saye pun beredah dari rumah dengan menyarung sehelai baju melayu, seluar dan sepasang selipar jepun. Apabila menghidupkan enjinnya saye diingatkan oleh kenderaan ini untuk memberinya bahan untuk dibakar. Lalu saye menuju ke sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengisi minyak. Selepas itu saye meneruskan perjalanan ke Masjid Al-Amaniah yang berlokasi tidak jauh dari situ. Sewaktu melalui sebuah kawasan lampu isyarat saye terpaksa menyeberang sebuah jalan besar. Tanpa disedari sebuah kenderaan datang dari arah kiri dengan kelajuan tinggi merempuh bahagian depan kenderaan ku. Lalu ia hilang kawalan lalu terbalik. Aku yang masih terkejut keluar lalu cuba membantu mereka yg terperangkap. Kini segalanya hanya tinggal memori. Memori yg pahit yang patut dilupakan secepatnya. Telah sebulan berlalu namun masih tiada berita tentang kenderaan kesayangan ku. Mungkinkah ia akan kembali dan bersama ku merempuh angin atau adakah ia telah pergi meninggalkan ku selamanya. Aku amat merinduimu waha Saga ku...

Tuesday 14 June 2011

Bewitched...by a princess

Xpenah rasenye rase begini...
Dulu juga xpernah rasenye disihir sebegini...
Matanya sgat indah seperti permaisuri...
Bibirnya mungil seperti ingin ku kucup sepanjang masa...
Keindahan yang jelas sekali berbeza...
Apakah perasaan ini???
Adakah ini cinta???
Atau hanya sekadar perasaan yg singgah sementara???
Tp ia terlalu manis utk ku lepaskan...
Segalanya menjadi semakin tidak pentg...
Hanya kau yg aku mahu disisiku...
Mungkinkah kau penuhi keinginnan ini???
Berikan aku jawapan wahai permaisuri...
Jgn kau biarkan aku keliru seperti ini...
Kerna semakin hari semakin diri ku keliru...

Sunday 12 June 2011

Bekok revisited

hari ni bgun pagi2 cam biase tp xleh jogging. Sbb hari ni awal2 lagi dah bersiap untuk pergi berkelah dekat Air Terjun Sg. Bantang, Bekok. kali ni pergi dgn bdak2 umah n family ady n aishah. So ktorg kuar rumah pukul 8.30 nterus menuju ke sana. Lbey kurang pkul 10 ktorg sampai n trus makan. Peh makanan family diorg bwk bnyk gle. Nasi goreng, bihun goreng, sandwich, air kotak, pisang pon ade. haha so ktorg mandi kat bawah sampai pkol 12 pastu saye ikut acap bwk pegi atas. Tempat die peh mmg best gile. Dalam pun xdlm sgat cetek pon x, xde batu. Ktorg mandi sampai  pkol 2 pastu farouk dtg. Die dari melaka straight sampai bekok. ktorg mandi mcm nak gile sampai pkol 3. Pastu ktorang balik dgn hati yg tenang... :) (Tido dalam keta,acap bawak hahaha!!!)

Thursday 9 June 2011

A lonely bufday NOT!!!

alhamdulillah saye still bernafas sehingga cecah umur saye 21 tahun. Rase seronok plak dah 21 sbb rase cam da dewasa. Rase cam bufday ni yang paling special sbb kawan2 ade nak celebrate bersama. Kelakar btol sbb awal2 pukul 8 malam ady dah ajak saye kuar minum. Jarang die ajak2 awal2 sbb biase die ajak kuar tgh malam. Then lepas minum die ajak lagi pegi cc pulak. Ape kejadahnye ady saye pi cc? Saye layankan je sbb yela mane taw die kempunan ke pe ke. Yang peliknye tepat pukul 12 malam bufday saye tetibe ady ajak balik. saye dah bleh bace dah bende ni. Lepas tu balik2 je saye nampak azim tgh panggang ayam n saye btol2 yakin ade surprise party untuk saye. Anyway diorg still berusaha nak jadikan bende ni surprise. kte tgk je la ape jadi lepas ni haha. Tq guys, love u'll so much!!! (gamba akan menusul selepas party tq).Terutamanya kepada acap!!!ady!!!ajim!!!mirul!!!ayna!!!aisya!!!dan korg sume!!!

Wednesday 8 June 2011

Petang bersama geng counter strike

Haha korg tau kan game Counter Strike??? Game yg korg dok main dari sekolah rendah sampai ke tua tu??? Haha hari ni balik dari kelas xleh nak masuk umah coz acap n the geng tido dalam umah. Tetibe ajim dari mane ntah balik trus ajak gi cc. Xpenah2 bdak ni ajak gi cc tetibe je plak. So aku pon follow je la ingatkan nak online ke pe. Upenye si Haikal, Man ,Habai, YB ngan Aim da tunggu nak fight Counter Strike (patut la ajim ajak. sbb saye power men game nih XD). So ktorg pon main la. xsangke ade jgak bdak yg berbakat main game ni mcm YB n Haikal. Kire bleh mencabar jugak la haha. kesian si Ady dah la lambat dtg pastu kene buli dgn saye. Tp akhirnye saye kene balik awal coz nak siap2 utk persembahan malam ni :(. Pape pon enjoy main ngan korg. Xsabar asenye nak buli korg lagi XD.

Tuesday 7 June 2011

A new beginning??

Ha? Awan de blog? Deng tulih blog? Irwan pandai wat blog? Haha memang payah nak caye tp sbenarnye dalam diam saye mmg dah lama ade blog cuma xpenah nak tunjuk kat public. Sbb saye ni seorg yg miosteri XD. haha bukan sbb xnk share tp lagi selesa menulis dan dibaca oleh org yg xkenal. tp skarg rasenye dah cukup lama buat cmtu n kali ni blog saye akan saye kongsi dgn kawan2 yg mengenali. So korg follow la yeh! Malunye...