Sunday 3 July 2011

Ipoh revisited...

Minggu ini sudah lama rasanya tidak post ape-ape. Sangat busy dengan kelas, assignment yang bertimbun dan jugak kawan-kawan. Minggu lepas mama call cakap yang kereta saye dah siap. Saye pon plan la nak balik Ipoh untuk ambil kereta. Tak tersangka kawan seorang ni nak ikut. Akhirnye kami pun balik Ipoh berdua naik tren dari Segamat sampai Ipoh. Kitorang naik tren pukul 5 petang dan tiba di Ipoh pukul 2 pagi dan trus ke rumah maikcik di Ipoh. Keesokkan harinya kami bangun lewat dan keluar pukul 12 terus ke Seri Iskandar untuk bertemu awek saye. Dari Seri iskandar kami bertiga terus ke Batu Gajah untuk melawati tempat bersejarah Kellie's Castle. 15 minit dari batu gajah, tempat ni adalah sebuah istana milik William Kellie Smith, seorang saudagar getah dari England. Istana ini tidak dapat disiapkan kerana Smith pergi ke Scotland dan mati disana. Istana ini ditinggalkan untuk beberapa ketika dan dipercayai dihuni makhluk-makhluk ghaib dan juga mempunyai terowong bawah tanah tersembunyi yang masih belum dijumpai. Setelah selesai melawat tempat itu kami pun beransur ke pekan Batu Gajah untuk makan tengah hari. Batu Gajah adalah sebuah pekan yang membangun dan semakin besar. Kami sempat singgah ke sebuah kedai Bundle yang terkenal disini. Kedai ini berlokasi di stesen bas lama Batu Gajah. Ia menawarkan beratus-ratus aneka pakaian dan beg. Setelah penat membeli belah kami pun pulang ke Ipoh. Setibanya di Ipoh kami pergi ke Taman Rekriasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo. Kami melepak disitu melihat gelagat penduduk Ipoh beriadah. Padang ini amat terkenal di Ipoh dan menjadi tumpuan sewaktu cuti hujung minggu. Tibanya magrib kami pulang ke rumah lalu bersiap untuk solat, makan dan tidur.
 
Keesokan harinya kami bersiap untuk pulang ke Johor. Kami memulakan perjalanan dari Ipoh tepat pukul 11 pagi dan singgah di Klang, Sepang dan Kluang untuk berehat dan tiba di Segamat tepat pukul 12 malam.

No comments:

Post a Comment