Sunday 31 July 2011

Ramadhan is here!!!

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerna saye masih disini untuk bertemu kembai dengan bulan yang penuh keberkatan. Bulan Ramadhan telah tiba dan bermulalah kewajipan setiap umat islam iaitu berpuasa. Jadi mulai hari ini saye akan ke kelas dengan berpuasa. walaupun sudah dua kali melalui keadaan ini di UiTM tapi hati ni masih risau. Mampukah saye memenuhi Rukun Islam yang ketiga ini. Insyaallah saye akan cuba melengkapinya. Tapi Ramadhan kali ini saye nak cuba untuk memperbaiki diri ini. Ingin rasenye nak mencuba melakukan amalan-amalan lain di bulan mulia ni. Jadi saye pun dah sediakan satu senarai semak untuk cuba dilakukan. Ianya adalah seperti berikut:
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
9.Jangan tidur sesudah sahur.
10.Solat Subuh
11.Tadarus pendek.
12.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
13.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
14.Solat Zuhur berjemaah.
15.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan.
16. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
17.Segera Solat Maghrib di rumah
18.Makan malam bersama rakan-rakan
19.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh.

Harap-harap la berjaya melakukan semua ini. Teringin rasanya merasai nikmat bulan puasa ddan Lailatulqadar.

1 comment:

  1. selamat menunaikan ibadah puasa dan berjaya melaksanakan kesemua perkara tersebut =)

    ReplyDelete