Saturday 23 July 2011

Joget lambak...yeah!!

Yay dah cuti. Lama sangat dah rasenye tak dapat cuti panjang macam ni. Dah letih rasenye pergi kelas and buat assignment yang tak pernah-pernah habis. Akhirnye saye dah sampai ke kampung halaman di Kluang. Bile dah balik  memang tak cukup kalau tak jumpa dengan kawan-kawan lama. So hari pertama di Kluang pergi lah jumpa dengan kawan-kawan. setibanya dirumah member sorang ni tengok dia tengah siap-siap nak keluar. Tanya lah dia nak pergi mana. Dia cakap ade 'function' kat Felda. Ade ape kat felda??? Macam pelik je budak-budak ni lepak kat felda. Nak taknak ikut saje lah sebab tengah bosan. Perjalanan mengambil masa 15 minit melalui jalan tar dan 30 minit memalui jalan tanah merah. Habislah kereta baru lepas cuci jadi warna merah balik. Tibe dilokasi yang dikatakan lebih kurang pukul 8.30 malam. ramainya orang kat sini. Ingatkan ceruk ni tak ada orang nak datang. Rupanya kawasan tu mengadakan majlis perkahwinan dan majlis tu dilanjutkan sampai lah ke malam. Aktiviti malam itu pulak sangat menarik iaitu JOGET LAMBAK. Orang-orang luar pun ramai yang datang untuk bersama berjoget. Haha kami berhibur dan berjoget sehingga lah larut malam. Selesai majlis kami pun beransur pulang. dalam perjalanan pulang seorang dari kami bertanya. "Wei tengok 'Juara-juara' nak??". saye menjadi bingung dan bertanya ape itu 'juara-juara'. Lalu saye diterangkan bahawa ia adalah lumba haram. Haha ini la akibatnya kalau dah lama sangat tak balik. kami pun melepak dan pulang sewaktu subuh.





No comments:

Post a Comment